Pramugari adalah istilah yang lazim digunakan untuk merujuk kepada kakitangan penerbangan di dalam kabin pesawat. Pramugari secara khusus merujuk kepada pekerja wanita manakala pramugara merujuk kepada pekerja lelaki. Mereka juga kadangkala dipanggil "anak kapal kabin" atau anak kapal sahaja, walaupun ini boleh termasuk kakitangan lain seperti juruterbang. Tugas utama adalah untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang pesawat.
Wednesday, 19 October 2011
MEKANIK
Mekanik ialah orang yang mahir menggunakan perkakasan bagi membaiki dan menyenggara jentera atau mesin. Kebanyakan mekanik mengkhususkan dalam bidang tertentu seperti mekanik kereta, mekanik basikal, mekanik motosikal, mekanik dandang, mekanik umum, penyaman udara dan pembekuan, mekanik pesawat terbang, mekanik enjin disel.
Mekanik kereta, sebagai contoh, memiliki banyak jurusan dalaman. Sesetengah mungkin mengkhususkan dalam aspek mekanikal. Bahagian lain termasuk: brake dan stering, tranmisi automatik atau manual, pembaikian enjin atau diagnosis aduan pelanggan. Juru teknik kereta mempunyai pelbagai bidang yang luas untuk dikaji.
Posted by ayiensha at 22:33 0 comments
JURUTERBANG
Juruterbang merupakan seorang yang menerbangkan sebuah pesawat udara untuk tujuan keselamatan atau pekerjaan. Kadang kala perkataan yang agak feminin aviatrix juga digunakan. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin.
Meskipun perkataan ini sering kali dirujuk kepada pemandu, ia juga boleh digunakan bagi merujuk kepada jurumudi udara, jurubom, Pegawai Sistem Senjata dan Pegawai peperangan elektronik. Istilah tidak harus dikelirukan dengan istilah juruterbang tentera laut, yang mana merujuk kepada anak kapal di dalam Tentera Laut Amerika Syarikat, Marin dan Pengawal Pantai.
Posted by ayiensha at 22:30 0 comments
JURUTERA
Jurutera merupakan suatu pekerjaan profesional dalam bidang kejuruteraan, yang berkenaan dengan aplikasi sains dan teknologi dalam kehidupan seharian untuk mengatasi sesuatu masalah. Jurutera mereka pelbagai jenis benda merangkumi alat, mesin, bangunan, struktur, dan sistem dengan sentiasa mengambil kira keselamatan dan kos.
Terdapat pelbagai jenis bidang kejuruteraan dalam dunia ini, oleh itu, pelbagai jenis gelaran jurutera juga wujud.
Dalam syarikat dan organisasi lain di sesetengah negara bertutur bahasa Inggeris terdapat kecenderungan untuk tidak menghargai orang yeng memiliki kemahiran teknologi dan saintifik berbanding selebriti, pengamal fesen, penghibur dan pengurus. Dalam bukunya The Mythical Man-Month,[1] Fred Brooks Jr menyatakan bahawa pengurus memikirkan mereka yang senior sebagai "terlalu beharga" bagi tugasan teknikal, dan kerja pengurusan membawa prestij lebih tinggi. Dia menerangkan bagaimana sesetengah makmal, seperti Bell Labs, menghapuskan kesemua pangkat kerja bagi mengatasi masaalah ini: pekerja profesional merupakan "ahli kakitangan teknikal." IBM mengekalkan dua laluan kenaikan berlainan; tingkat pengurusan dan teknikal sama tingkat adalah setaraf. Brooks mencadangkan bahawa struktur perlu ditukar; ketua perlu memberikan lebih perhatian bagi mengekalkan pekerja pengurus dan teknikal sebagai saling tukar selagi bakat mereka membenarkannya.
Posted by ayiensha at 22:28 0 comments
GURU
Guru ataupun dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tiusyen (kelas bimbingan). Dalam zaman modern ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.
Dari segi agama pula misalnya agama Hindu dan Sikh, guru mempunyai maksud yang lebih tinggi. Ia biasanya merujuk kepada para pendita yang mempunyai ilmu mendalam dalam hal-hal kerohanian.
Posted by ayiensha at 22:27 0 comments
DOKTOR
Doktor ialah orang yang bertugas menyembuhkan orang-orang yang sakit. Tidak semua orang yang menyembuhkan penyakit boleh/dapat disebut doktor. Untuk menjadi doktor biasanya diperlukan latihan khusus dan memegang perrsijilan/tauliah khusus, seperti di Malaysia, harus mendapat tauliah daripada Majlis Perubatan Malaysia di samping sijil kedoktoran daripada mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.
Dokter umumnya dikelaskan kepada:
doktor am/umum - memeriksa segala penyakit yang tidak terlalu serius/penyakit lazim atau harian.
doktor pakar - yang ahli dalam suatu bidang perubatan.
doktor bedah
doktor gigi
Posted by ayiensha at 03:02 0 comments
POLIS
Polis merujuk kepada organisasi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan keselamatan dan kestabilan masyarakat menurut undang-undang negara. Di dalam kerajaan mereka berada di dalam cabang eksekutif - iaitu pelaksana undang-undang sivil (kecuali Polis Tentera yang melaksanakan undang-undang ketenteraan). Sebagai cabang yang sangat mustahak dalam kerajaan, perkataan polis memang sesuai sekali kerana politeia bermaksud kerajaan atau pentadbiran dalam bahasa Yunani. Di setengah negara seperti United Kingdom polis dikenali sebagai Konstable, diambil dari perkataan Inggeris constable, iaitu nama awal untuk pegawai polis.
Posted by ayiensha at 02:52 0 comments